CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 10, 2009

luahan hatiku


Hidup ini ibarat roda yang berpusing....adakala kita merasa gembira dan ada ketikanya kita merasa duka...Namun sebagai hamba dan khalifah di muka bumi kita kena berpijak pada bumi yang nyata....menerima segala ketentuan daripada Yang Esa dengan penuh kesabaran dan keimanan yang ada di dalam dada walaupu keimanan kita tidaklah sama dengan keimanan para anbiya'....

Biar seribu dugaan dan rintangan yang melanda dan mengoncang jiwa pasti akan ada hikmah disebaliknya....cuma yang menjadi persoalan kita???bila masanya untuk kita merasa kenikmatan itu????......usah dipersoalkan....apa sahaja yang kita lakukan biarlah Allah menentukanNya..Apabila kita mengasihi dan mencintai Allah daripada segala-galanya jiwa kita akan menjadi tenang dan menerima apa sahaja dugaan yang melanda dengan hati yang tulus ikhlas.

Aminn.....semoga kita sentiasa mendapat rahmat yang berpanjangan daripada Yang Esa..